Pemasangan Peranti Had Kelajuan (Speed Limiting Device-SLD) bermula 1 Oktober 2025
BUDI MADANI RON95: Harga Minyak RM1.99 bermula 30 September 2025.
Rentek
9/22/2025
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025, Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat.
Apa itu BUDI95?
BUDI95 adalah program penyasaran subsidi petrol RON95 yang bertujuan memastikan hanya warganegara Malaysia menikmati subsidi bahan api, sambil mengurangkan ketirisan dan penyeludupan.
Semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
Bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar, kerajaan memperkenalkan program BUDI95 secara berperingkat. Pada 27 September, inisiatif ini dibuka lebih awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis, diikuti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada kalangan B40 pada 28 September. Seterusnya, bermula 30 September, seramai 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad serta lesen memandu aktif boleh menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter.
Berdasarkan penjelasan diberikan, Perdana Menteri memaklumkan kaedah pembelian petrol RON95 pada harga subsidi itu akan dilaksanakan dengan menggunakan pengesahan MyKad di semua stesen minyak. Maksudnya, pengguna hanya perlu mengemukakan MyKad ketika membuat urus niaga di kaunter stesen minyak, sebelum pengesahan dilakukan melalui terminal khas tersedia di stesen minyak bagi mendapatkan harga bersubsidi.
Pelaksanaan program BUDI95
Dijalankan secara berperingkat
● 27 September - dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis;
● 28 September dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40
● 30 September dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
© 2025 Rentek Services Sdn. Bhd.
4th Floor, Lot 12, Block A, Warisan Square, Kota Kinabalu 88000 Sabah, Malaysia.
202301036362 (1530285-H)