Pemasangan Peranti Had Kelajuan (Speed Limiting Device-SLD) bermula 1 Oktober 2025
Operasi Besar-besaran: "Perang Lebih Muatan"
SOSIAL MEDIA
Rentek
10/16/2025
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui JPJ melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran untuk membanteras kesalahan membawa muatan berlebihan oleh kenderaan perdagangan.
Operasi ini berlangsung sehingga 31 Disember, bermula 15 October 2025 dan melibatkan lima zon utama: Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Borneo. Langkah itu akan dilaksanakan menerusi kerangka pentadbiran baharu bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat pengendali berisiko tinggi. Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan APAD untuk melaksanakan kerangka pentadbiran baharu itu.
"Kalau kita buat operasi, hari pertama kena (tindakan akibat bawa) lebih muatan akan ada saman ataupun kompaun mengikut keseriusan kesalahan tersebut. Kalau ada kesalahan lebih serius kita akan dakwa mereka bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. "Itu akan membawa kepada tindakan mahkamah yang boleh dihukum dan didenda sehingga RM500,000. Itu untuk kesalahan pertama.
"Buat lagi kesalahan kedua permit kenderaan akan dibatalkan dan untuk kali ketiga lesen pengendali keseluruhan syarikat itu akan dibatalkan.
"Kita nak bagi amaran dan ketegasan kepada syarikat-syarikat pengendali jangan ingat mereka boleh bayar saman sahaja selepas ini," katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Setia Khas dan Ikrar Bebas Rasuah JPJ di sini, hari ini.
Pindaan Undang-undang: Pengirim & Penerima Turut Bertanggungjawab.
Kerajaan sedang merangka pindaan undang-undang agar bukan sahaja pemandu dan syarikat pengangkutan, tetapi juga pengirim dan penerima barangan boleh dikenakan tindakan jika terlibat dalam aktiviti lori lebih muatan
Lesen Boleh Digantung atau Dibatalkan.
Syarikat pengangkutan yang berulang kali melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk penggantungan atau pembatalan lesen oleh APAD.
Ini bertujuan menghapuskan amalan lama di mana saman dianggap sebahagian daripada kos operasi.
Tanggungjawab Semakan Latar Pemandu.
Anthony Loke menegaskan bahawa syarikat pengangkutan perlu menyemak latar belakang pemandu mereka, terutama dari segi rekod saman, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Terdahulu ketika berucap, Loke berkata setakat Ogos lalu, APAD mengambil 160 tindakan penggantungan atau pembatalan terhadap permit kenderaan atau lesen pengendali syarikat atas pelbagai kesalahan, meningkat hampir 18 kali ganda berbanding sembilan tindakan pada 2019.
© 2025 Rentek Services Sdn. Bhd.
4th Floor, Lot 12, Block A, Warisan Square, Kota Kinabalu 88000 Sabah, Malaysia.
202301036362 (1530285-H)