Pemasangan Peranti Had Kelajuan (Speed Limiting Device-SLD) bermula 1 Oktober 2025

Pematuhan Pemasangan Peranti Had Kelajuan (SLD) Bermula 01 Oktober 2025

UPDATES

9/20/2025

Peranti Had Kelajuan (Speed Limiter Device) - SLD berkuat kuasa secara berperingkat mulai 1 Oktober 2025 dalam kenyataan rasmi Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Anthony Loke pada 13 Jun 2025 lepas.

Ini adalah sebahagian langkah usaha meningkatkan keselamatan jalan raya serta mengurangkan risiko kemalangan maut yang membabitkan kenderaan berat.

Empat Teras Pelaksanaan SLD.

1. Pengesahan Kefungsian SLD - bermula 01 Oktober 2025

Ini melibatkan kenderaan seperti bas persiaran, bas express dan kenderaan berat melebihi 3,500kg yang didaftarkan mulai 1 Januari 2015. Dan, wajib mendapatkan pengesahan dan laporan kefungsian SLD daripada pengeluar, bengkel diiktiraf JPJ, Technical Service (TS) atau badan pensijilan yang diluluskan.

Dan, dokumen ini perlu dibawa setiap masa, dikemukakan semasa pemeriksaan PUSPAKOM dan permohonan permit dan diperbaharui setiap dua tahun.

2. Pengaktifan SLD dalam ECU - bermula 01 Januari 2026

Bagi kenderaan barangan dan penumpang didaftarkan sebelum 1 Januari 2015 tetapi dilengkapi fungsi sedia ada SLD dalam Electronic Control Unit (ECU), pengaktifan fungsi ini diwajibkan.

Prosedur dan keperluan dokumentasi adalah sama seperti di atas. Turut terlibat adalah kenderaan rebuild dan import terpakai melebihi 3,500kg.

3. Pemeriksaan COP di Kilang -bermula April 2025

JPJ juga telah memulakan pelaksanaan Conformity of Production (COP) di kilang pengeluaran sejak April 2025, khususnya bagi model yang telah memiliki kelulusan Vehicle Type Approval (VTA) sejak 2015.

Pemeriksaan ini memastikan semua kenderaan berat dan bas yang dikeluarkan mematuhi had kelajuan maksimum 90 km/j yang ditetapkan.

4. Pemasangan SLD secara Retrofit -bermula 1 Julai 2026

Bagi kenderaan yang tidak dilengkapi sistem SLD, pemasangan secara retrofit adalah diwajibkan. Ia perlu dilakukan oleh bengkel, TS atau badan pensijilan yang diluluskan JPJ.

Pemasangan perlu mendapat pengesahan kebolehfungsian dan disertakan dokumen sah yang diperbaharui setiap dua tahun.

Peranti ini memainkan peranan penting dalam mencegah pemanduan melebihi had laju, terutamanya bagi kenderaan yang membawa muatan berat dan penumpang, "Anthony Loke".